Wednesday, December 22, 2010

Pengedar WAFI Soft Ice-Cream


Dengan ini Syarikat Lan Tabur Enterprise melantik Top Presence Sdn. Bhd. sebagai pengedar produk WAFI Soft Ice-Cream yang sah. Berikut adalah maklumat syarikat tersebut :-

Top Presence Sdn. Bhd.
No. 46 Jalan 3/108,
Taman Salak Jaya,
Salak Selatan,

57100 Kuala Lumpur.

HP : Tuan Hj. Sulaiman( 019-278 9944)/ En. Zaki( 019-388 3284 )

Monday, January 4, 2010

Laporan METRO mengenai Lan Tabur Enterprise

Lan Tabur agresif pasar aiskrim Wafi

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my



LAN Tabur Enterprise, pengeluar produk aiskrim lembut jenama Wafi, yakin dapat menembusi pasaran makanan dan produk Muslim berikutan menggunakan bahan gelatin yang dijamin 100 peratus halal.

Pengarah Urusannya, Zulkifli Ahmad, berkata pihaknya mensasarkan menguasai 20 hingga 30 peratus pasaran aiskrim lembut terutama dalam membekal bahan untuk produk itu di seluruh negara.


Katanya, orang ramai juga boleh merasa sendiri kelainan aiskrim Wafi kerana menggunakan gelatin halal dan pihaknya juga memfokus kepada promosi bergerak untuk memperkenalkan produk terbabit kepada masyarakat.


“Kami percaya dengan menggunakan bahan 100 peratus halal. Orang ramai tidak akan berasa was-was untuk mencuba aiskrim Wafi, malah kami akan giat menjalankan promosi sepanjang tahun ini dengan memberi tumpuan di sekolah sekitar Lembah Klang.


“Kami turut mengambil tempahan bagi semua acara seperti majlis hari jadi, perkahwinan, jamuan, hari sukan, keramaian dan pelbagai lagi,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.


Zulkifli berkata, pihaknya juga membekalkan mesin aiskrim lembut kepada usahawan yang berminat secara percuma (mengikut syarat yang ditetapkan). dan terbaru 10 mesin akan diedarkan di kantin sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta Menurutnya lagi, pada tahun ini juga lebih banyak mesin akan dibekalkan mengikut permintaan kerana pihaknya menjangkakan untuk menembusi pasaran di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu.


“Makanan ringan adalah fokus kami, jadi untuk memastikan orang ramai juga berpeluang menjana pendapatan, kami turut membekalkan mesin aiskrim lembut dan mereka boleh mendapat sehingga 50 peratus margin keuntungan.


“Dalam tempoh terdekat juga kami akan mengeluarkan kon aiskrim sendiri dan rasanya ia lebih baik kerana kita tahu bahan yang digunakan,” katanya.


Bagi sebarang pertanyaan boleh melayari musleem-mart.blogspot.com atau hubungi 019-5526305.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Lan-Tabur-agresif-pasar-aiskrim-Wafi/Article/

WAFI Soft Ice Cream



Tuesday, October 21, 2008

BARU! Anda kini boleh melakukan tempahan dengan lebih mudah.

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.

Para pengguna budiman,

Kini anda boleh dapatkan produk-produk Musleem Mart (seperti yang tertera di pamplet) melalui borang tempahan berikut.:
Langkah-langkah:
1) Senaraikan tempahan (rujuk pamplet).
2) Isi borang maklumat tempahan.
3) Sertakan borang maklumat tempahan dengan senarai tempahan.
4) Hantar tempahan melalui emel. (pastikan anda hubungi kami sebaik sahaja hantaran dilakukan).
5) Anda akan terima tempahan anda dalam tempoh masa 2 jam sahaja!*

* Bergantung kepada jarak tempat (dalam waktu pejabat sahaja).

p/s: Tempahan buat masa kini adalah bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Pandan, Ampang dan Gombak sahaja. Harap maklum.

Wednesday, July 30, 2008

Barang Halal vs Barang Muslim



Assalamualaikum...salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke Musleem Mart. Kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai pelanggan yang kami hormati.

Tahukah anda, 90% produk-produk bagi keperluan makanan adalah hasil buatan mereka yang bukan Muslim dan kebanyakan mereka adalah daripada kaum Cina. Walaupun di pasaran Malaysia sekarang, produk-produk yang dihasilkan mempunyai 'lesen' halal, namun perlu kita fahami bahawa sekiranya di sana adanya barangan yang sama yang dijual oleh orang Islam sendiri, adalah lebih 'afdhal' sekiranya kita sebagai ummat Islam membeli barangan Muslim.

Di Malaysia, kuasa membeli sebenarnya dikuasai oleh orang Islam sendiri iaitu sebanyak 60% berbanding lain-lainnya hanya sebanyak 40%. Seharusnya, orang-orang Islam sendiri berusaha untuk mnghasilkan dan menjual barangan Islam, seterusnya memenuhi tuntutan agama agar kandungan di dalam 'perut' kita nanti adalah daripada yang bukan sahaja Halal semata-mata bahkan yang Halal lagi baik (Halalan Thoyyiba).

MUSLEEM MART menjual barangan Muslim khususnya barang-barang keperluan makanan harian anda sekeluarga. Proses dan perusahaan bagi barangan yang akan diiklankan di dalam site ini adalah dijamin 'Halalan Thoyyiba'. Ayuhlah ummat Islam meninggikan syiar agama di setiap penjuru termasuklah dalam hal pemakanan. Ingat! Mencari yang Halal dan Baik adalah tanggungjawab kita semua sebagai Muslim. Salam muhibbah.